SUSPEK dan kenderaan yang dicuri. FOTO Ihsan Polis
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


LELAKI dikenali sebagai Aiman, 23, menangis teresak-esak selepas dicekup polis di sebuah rumah di Kampung Sekolah, Kuala Ketil, Kedah, Jumaat lalu kerana mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat orang ramai dan hasil risikan polis.

“Hasil soal siasat, Aiman mengaku mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z di kawasan Seberang Jaya.

“Suspek kemudian membawa polis ke sebuah pondok dalam ladang getah di Mukim Teloi dan berjaya menemui semula motosikal curi yang cuba disembunyikan suspek di situ,” katanya.

Menurutnya, semakan ke atas nombor casis dan enjin mendapati ia pernah dilaporkan hilang di Seberang Jaya pada awal tahun ini.

“Suspek menangis sambil merayu agar tidak diberkas dan minta dimaafkan atas kesalahannya.

“Dia bagaimanapun diberkas dan dibawa balik ke IPDSPT dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi motosikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 11:26 AM