Siti Sofia Md Nasir
am@hmetro.com.my


BEBERAPA timbunan bahan buangan dipercayai sisa kimia ditemui di ladang kelapa sawit di Bukit Teh, Bukit Mertajam hari ini.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata, bahan buangan itu ditemui pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang kemudiannya memohon bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Pegawai Operasi JBPM Pulau Pinang dan dibantu dua pegawai Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ditugaskan mengambil sampel itu.


IMEJ dari rakaman video dipercayai kejadian berkenaan. FOTO Ihsan Pembaca

“Pemeriksaan dan penilaian sedang dibuat bersama-sama pegawai JAS bagi memastikan bahan buangan itu tidak mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi memberi kesan negatif kepada orang awam dan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, BH berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Pengarah JBPM Pulau Pinang, Saadon Mokhtar dan wakil JAS negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 10:23 PM