PASUKAN perubatan memberi bantuan kepada murid yang terhidu bahan kimia di SK Taman Pasir Putih. FOTO Hairul Anuar Rahim
Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


SERAMAI 61 individu termasuk murid dan pelajar dua sekolah di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru, selepas mengadu sesak nafas dan kesihatan terjejas akibat bau busuk disyaki kesan sisa baham kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, jumlah itu adalah yang direkodkan sejak insiden berlaku, tengah hari tadi hingga 5.30 petang.

“Sehingga 5.30 petang tadi, 61 mangsa dirujuk ke HSI untuk diberi rawatan.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca insiden hari ini dan adakah memang ia berpunca daripada sisa buangan bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim sebelum ini,” katanya.

Seramai 57 daripada 61 yang mendapatkan rawatan di HSI adalah pelajar dan murid manakala baki empat yang lain adalah orang dewasa termasuk seorang guru.

Dr Sahruddin berkata, daripada jumlah itu sembilan dirawat di zon merah, 25 di zon kuning dan 27 di zon hijau.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih yang baharu dibuka semula hari ini, diarahkan tutup semula apabila ada murid dan pelajar mengadu sesak nafas.

Sebelum ini kedua-dua sekolah itu diarahkan tutup pada Khamis dan Ahad lalu kerana pencemaran udara akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim yang terletak di kawasan berhampiran.

Bermula pada insiden Khamis lalu sehingga semalam, 82 kes dilaporkan susulan insiden itu, termasuk 23 pesakit luar dan 59 yang dimasukkan ke wad.

Daripada 59 kes yang dirawat di wad, 34 daripadanya sudah dibenarkan pulang, manakala 25 lagi masih di wad.

Seramai 18 di wad biasa dan tujuh dirawat di ICU dengan seorang masih ditidurkan dan enam di bawah pengawasan.

Berita berkaitan

3 suspek buang sisa bahan kimia ditahan

Hidung keluar nanah angkara racun

Pencemaran gas: Dua sekolah diarah kosong semula

Pencemaran gas: Sekolah dibuka semula

Kakitangan HSI stabil

Sekolah terjejas pembuangan sisa kimia dibersihkan [METROTV]

Sungai Kim Kim masih tercemar

Pencemaran gas metana: JAS teliti rakaman CCTV

[UPDATE] Polis terima 5 laporan buang sisa kimia

[UPDATE] Sungai Kim Kim akan dibersihkan

Pembuangan sisa bahan kimia Sungai Kim Kim: 79 dirawat

Sisa minyak cuci kapal

Pekerja kolam pula pengsan

Gas metana: Enam mangsa di ICU

Tekak loya, muntah akibat keracunan gas

Mangsa hidu gas metana stabil

Permaisuri lawat mangsa terhidu gas

Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hari

[UPDATE] 26 masih dirawat, 3 daripadanya di ICU

'Oil boom' halang gas metana merebak

[UPDATE] 8 kritikal terhidu gas metana

Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 7:42 PM