KERETA dan barangan yang dirampas bersama suspek curi kenderaan. FOTO Ihsan polis
Nor Farhani Che Ad
am@hmetro.com.my


DUA lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes mencuri kereta di Taman Melati, Padang Serai, Kulim Disember, dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek yang berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, 4 petang semalam.

“Kedua-dua suspek bagaimanapun tidak mengaku terbabit dalam kes berkenaan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan terhadap rekod jenayah lampau mereka mendapati suspek mempunyai rekod berkaitan dadah, manakala seorang lagi pernah terbabit kesalahan mencuri kereta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan seperti sebuah kereta jenis Honda Ferio, jaket lengan panjang, seluar jeans, telefon bimbit, wang kertas dan sebilah parang.

Beliau berkata, kes di siasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 11:34 AM