Samsung Galaxy S10

Kuala Lumpur: Terciptanya sesebuah peranti mungkin tidak dapat bertahan lama jika tidak mengambil kira reka bentuk yang mampu memikat hati pengguna untuk memilikinya.

Ciri-cirinya seperti ini sudah menjadi fenomena pada zaman serba canggih sekali gus membuatkan Samsung mencuba pelbagai kelainan termasuk menitikberatkan reka bentuk.

Kali ini, Samsung menampilkan kelainan serta kecanggihan untuk peranti Samsung Galaxy S10 siri yang dilancarkan baru-baru ini.

Tiga peranti terdiri S10, S10+ dan S10e bukan saja terdiri daripada tri-kamera malah menampilkan reka bentuk radikal dan magikal.

Sudah menjadi tradisi Samsung menerajui perubahan setiap kali peranti baru diperkenalkan.

Samsung Galaxy kerap melalui perubahan radikal dari segi warna yang luar biasa, bahan yang digunakan untuk mencipta peranti, paparan yang menarik, perubahan kehidupan pengguna berpengalaman atau (UX) serta aksesori yang kelihatan langsing.

Dalam tempoh sedekad lalu, keluarga Samsung Galaxy S siri melalui pelbagai anjakan, keajaiban serta mempesonakan.


Samsung Galaxy S10

Jenis warna

Satu daripada tarikan pengguna mendapatkan peranti adalah berdasarkan warna yang ditawarkan kepada mereka. Dua warna iaitu hitam dan biru kini menjadi lambang klasik bagi Samsung Galaxy sejak Samsung Galaxy diperkenalkan. Untuk menyambut ulang tahun ke-10 tahun, Samsung Galaxy memperkenalkan pelbagai warna yang baru di samping kedua-dua warna klasik berkenaan.

1. Prism White Tertiris

Prism White Galaxy menangkap kesemua warnanya di mana ia bersinar dengan perubahan pelbagai warna-warni apabila dipegang di tangan. Cahaya yang dihasilkan mengagumkan dan menggambarkan keluarbiasaannya.

2. Prism Green

Sebut sahaja hijau, sudah pasti orang akan ingat atau terlintas mengenai sayuran. Tapi, Samsung ada makna tersediri untuk mencipta warna Queen Green yang disifatkan tenang dipandang mata.

Ia dipilih dengan lebih teliti untuk peranti Galaxy S10 kerana warna ini kelihatan unik seperti batu zamrud yang hidup. Dan pasti ia kelihatan ringan seperti mana batu permata terbabit.

Ada beberapa lagi rahsia yang mungkin kita belum ketahui mengenai Galaxy S10. Sebenarnya, ada perkara penting ingin disampaikan Samsung berkaitan material digunakan serta paparan.

Kaca bercahaya

Sinaran cahaya berkilauan meletakkan Galaxy S10 lebih bergaya kerana sinar tercipta tidak menjejaskan mata. Permukaan bulat berkaca disusuli bingkai logam cerah melambangkan ketajaman dan kelembutan dalam satu peranti yang sama

Anda tidak perlu risau kerana bahan ini berfungsi sebagai perlindungan tambahan untuk paparan telefon ini.

Seramik Que Sera

Terjemahan lirik ‘Que Sera, Sera' mungkin bermaksud 'apa yang terjadi’ tetapi dalam konteks Galaxy S10, ia lebih tepat kepada ‘apa yang akan berlaku, akan berlaku’.

Proses tanah liat menampung tekanan haba menjadikan seramik tahan lama adalah sesuatu yang akan berlaku yang tidak boleh dinafikan. Warna krim dan putih yang bersesuaian dan tahan terhadap calar tetap elegan dan lasak walaupun apa jua sekali.

Pilihan antara permukaan melengkung atau rata

Lumrah alam mengatakan bumi adalah bulat manakala tanah tetap rata. Bagi Galaxy, ia mempamerkan kemajuan dunia menerusi paparan melengkung sejak bertahun-tahun lalu.

Perspektif teliti dan fleksibel yang unik didapati di Galaxy meluaskan permukaan untuk semua. Galaxy kini turut menambahkan pilihan dengan meluaskan paparan rata pada peranti pintarnya. Inilah hasil cetusan idea yang menggambarkan peranti keluaran Samsung yang mampu memberikan apa yang sepadan dengan nilainya.

Rahsia di sebalik paparan

Dalam paparannya, Galaxy S10 menyembunyikan sensor depannya ke belakang. Ini tentunya tidak termasuk kamera kerana kita perlu mengambil gambar swafoto.

Dengan cara ini, menghasilkan lubang kamera pada panel AMOLED Dinamik yang mempunyai kualiti gambar menakjubkan bukanlah satu perkara kecil.

Kegelapan yang turut tenggelam pada permukaan paparan serta tepinya adalah sentuhan halus yang lain untuk menaikkan taraf skrin infiniti-O Galaxy.

Kekunci sulit

Tiada tanda yang ketara apabila anda membuka kekunci bagi memasuki ruang peribadi anda – ini kerana terdapatnya sensor cap jap Galaxy S10 tersembunyi di bawah paparan perantinya

Jadi, anda hanya perlu mengangkat telefon dan meletakkan jari anda secara perlahan pada paparan dan dengan pantas gelombang ultrasonik mengesan cap jari anda secara automatik.

Apa yang menariknya, belum ada lagi teknologi sepantas ini pada hari ini. Inilah gerbang sulit yang bertujuan untuk melindungi maklumat peribadi yang mungkin terdedah kepada orang lain.

Sensor cap jari Galaxy S10 diaktifkan di hadapan paparan.

Bagi Galaxy S10e, ia menyediakan sensor cap jari dengan butang sampingan.

Justeru, pengguna ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy S10 bolehlah berkunjung ke jelajah Samsung pada hari ini.

Setiap pembelian dalam jelajah ini menawarkan promosi percuma Galaxy Buds dan pelbagai antaranya:

S10e - percuma Galaxy Buds (fon telinga tanpa wayar)

S10/S10+ - dengan 128GB memori menawarkan Galaxy Buds (fon telinga tanpa wayar) dan pelindungan skrin Plus percuma.

S10+ dengan 512GB memori menawarkan Galaxy Watch Active dan perlindungan skrin Plus secara percuma.

Lokasi Jelajah Samsung S10

  • Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur (10 pagi hingga 10 malam)

  • Queensbay mall, Pulau Pinang (10 pagi-10.30 malam)

  • Aeon Tebrau City, Johor Bahru (10 pagi hingga 11 malam).
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 12:00 AM