GEMPA bumi lemah bermagnitud 3.1 melanda Ranau. FOTO arkib NSTP
Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bh.com.my


SATU gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 melanda Ranau, 4.05 pagi, hari ini.

Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat 11 kilometer utara dari Ranau pada lokasi 6.1 darjah Utara dan 116.7 darjah timur dan kedalaman 10 kilometer (km).

“Gegaran mungkin dirasai di Ranau sahaja dan Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 8:28 AM