MUHAMMAD Aiman Zainali. FOTO arkib NSTP
Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid
am@hmetro.com.my


BIARPUN tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali tekad memperjuangkan agendanya untuk membantu rakyat Semenyih.

Beliau ketika ditemui media hari ini berkata, beliau menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka selepas melalui proses demokrasi sejak mula berkempen pada 16 Februari lalu.

"Saya akan terus menawarkan khidmat untuk membantu rakyat mengikut kemampuan yang ada.

"Perjuangan dan agenda saya tidak akan terhenti di sini. Saya tidak akan lupakan rakyat Semenyih. Terima kasih kepada semua yang mengundi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Semenyih
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 9:52 PM