KESESAKAN di Jalan Semenyih sempena Pilihan Raya Kecil DUN N24 Semenyih. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid
am@hmetro.com.my


KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

7.31 malam Kiraan undi 100 daripada 120 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi mendahului dengan majoriti 2,222 undi.

Zakaria memperolehi 16,636 undi diikuti calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan 14,414 undi, manakala Kuan Chee Heng (BEBAS) dan Nik Aziz Afiq Abdul masing-masing hanya mendapat 601 dan 673 undi.

7.20 malam: Calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi mendahului dengan majoriti 2,079 undi. Beliau memperolehi 15,347 undi diikuti calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan 13,268 undi, manakala Kuan Chee Heng (BEBAS) dan Nik Aziz Afiq Abdul masing-masing hanya mendapat 576 dan 610 undi.

7.10 malam: Calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi mendahului dengan memperoleh 12,363 undi.

Ia diikuti calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan 11,076 undi, manakala Kuan Chee Heng (BEBAS) dan Nik Aziz Afiq Abdul memperoleh Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing hanya mendapat 469 dan 523 undi.

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 7:16 PM