Kesesakan lebih tiga kilometer dari Lebuh raya NPE hingga ke Jalan Bangsar menuju ke Kuala Lumpur. FOTO Azhar Ramli
Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@nstp.com.my


LORI tiga tan terbalik ketika mengelak janakuasa bergerak

(genset) di Jalan Bangsar menghala Brickfields berhampiran LRT Bangsar hari ini.

Kejadian 7 pagi itu turut menyebabkan kesesakan hampir tiga kilometer di Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 40 tahun yang bergerak di lorong kiri mahu mengelak genset diletakkan di kiri jalan yang digunakan untuk kerja pembaikan jalan.

“Pemandu mengelak dengan cuba melencong ke lorong kanan namun terlanggar genset itu menyebabkan kenderaannya hilang kawalan lalu terbalik.

“Mangsa cedera dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran,” katanya.


Lori yang terbalik di Jalan Bangsar menuju Kuala Lumpur hari ini. FOTO Azhar Ramli

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada tanda pemandu terbabit mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah.

Katanya, kawasan kejadian mempunyai tiga lorong sehala dengan satu setengah lorong ditutup bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan jalan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Rule 10 LN 166/59.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 4:29 PM