GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank serta merampas beberapa aset termasuk kereta mewah disyaki milik pemimpin PAS.

Tindakan itu diambil susulan siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tanpa memperincikan maklumat rampasan, sumber ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Ya, SPRM ada merampas beberapa aset, ” katanya ringkas.

Pagi tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberi keterangan lebih empat jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan siasatan kes itu.

Sebelum ini, beberapa individu dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan itu antaranya Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 6:06 PM