GAMBAR hiasan.
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@nstp.com.my


PENUNTUT Institut Pendidikan Guru (IPG) yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan menerima bayaran elaun sara hidup RM430 sebulan seperti biasa.

KPM dalam kenyataan berkata, mereka juga akan menerima belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali setahun seperti biasa.

“Elaun berkenaan sedang dimasukkan ke dalam akaun penuntut dan mereka akan menerima selewat-Iewatnya sebelum akhir bulan ini.

“Kementerian sentiasa prihatin terhadap kebajikan penuntut dalam melahirkan bakal guru berkualiti dan berdaya saing,” katanya.

Sebelum ini, wujud dakwaan bahawa elaun berkenaan akan dihentikan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 8:35 PM