DR Wan Azizah Wan Ismail. FOTO Arkib NSTP
Nadia Hamid
nnadia@nstp.com.my


KESEMUA 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Wilayah Banteay Mancheay, Kemboja, dijangka tiba jam 10.30 pagi, esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, berkata buat masa ini lokasi ketibaan mereka belum diputuskan, termasuk sama ada 40 daripada 47 tahanan, yang juga rakyat Sarawak, berkemungkinan akan diterbangkan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Katanya, kementerian sudah mendapat makluman Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Wisma Putra berhubung kepulangan rakyat Malaysia itu esok.

“Mereka dijangka sampai 10.30 pagi esok. Ketibaan (lapangan terbang) belum pasti.

“Kerajaan masih merancang kepulangan mereka, dan perbincangan masih berlangsung (hingga awal pagi tadi). Kalau boleh kita mahu mereka pulang lebih awal lagi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu 2019 oleh Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), di Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Presiden MCCC, Tan Yew Sing dan Duta China ke Malaysia, Bai Tian.

Seramai 47 rakyat Malaysia dipenjarakan di Kemboja atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram, dibebaskan 6.30 petang waktu tempatan (jam 7.30 malam waktu Malaysia), semalam.

Difahamkan, kesemua individu yang berusia antara 19 dan 44 tahun itu ditahan sejurus mereka tiba di Poi Pet pada 11 Disember lalu.

Berita berkaitan:

Ceria nak balik

TUDM tunggu arahan penerbangan ihsan

[UPDATE] Bawa pulang segera

'Derita 65 hari berakhir'

[UPDATE] 47 warga Malaysia di Kemboja bebas

[UPDATE] 'Rayu minta dibebaskan segera' [METROTV]

'Rindu 63 hari bakal terubat' [METROTV]

Kunjungan bawa harapan tinggi

Keluarga 47 tahanan di Kemboja semakin resah

Seorang masuk hospital

Serah kepada Kemboja jalankan siasatan

Nota diplomatik sudah diserahkan

'Tolong kamek mummy'

Mana kerja dijanjikan?

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 3:15 PM