Delegasi Malaysia termasuk wakil Kerajaan Sarawak di Penjara Wilayah Banthey Mancheay, Kemboja. FOTO Ihsan Pembaca
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@nstp.com.my


SEMUA 47 warga Malaysia yang dibebaskan pihak berkuasa Kemboja hari ini akan ditempatkan di hotel penginapan di Siam Reap sementara menunggu proses dokumentasi perjalanan pulang mereka ke tanah air oleh Wisma Putra.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, petugas Wisma Putra bersama pegawai kanan Kedutaan Malaysia di Phnom Penh dan Siam Reap sedang giat menguruskan proses dokumentasi pembebasan mereka.


Fatimah (tiga dari kiri) dan delegasi Malaysia termasuk wakil Kerajaan Sarawak ketika sesi rundingan di Penjara Wilayah Banthey Mancheay, Kemboja. FOTO Ihsan Pembaca

“Sebentar tadi kita dimaklumkan semua 47 tahanan warga Malaysia termasuk 40 daripadanya berasal dari Sarawak dibebaskan dari Penjara Wilayah Banteay Mancheay, Kemboja.

“Menteri Kanan (Misi Khas) Kemboja Datuk Dr Othsman Hassan individu penting di sebalik usaha pembebasan mereka yang ditahan selepas menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa,” katanya hari ini.

Fatimah berkata, Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan khas bagi menampung kos membawa pulang mereka yang berasal dari negeri itu yang dibebaskan selepas 65 hari dipenjarakan.

Berita berkaitan:

[UPDATE] 47 warga Malaysia di Kemboja bebas

[UPDATE] 'Rayu minta dibebaskan segera' [METROTV]

'Rindu 63 hari bakal terubat' [METROTV]

Kunjungan bawa harapan tinggi

Keluarga 47 tahanan di Kemboja semakin resah

Seorang masuk hospital

Serah kepada Kemboja jalankan siasatan

Nota diplomatik sudah diserahkan

'Tolong kamek mummy'

Mana kerja dijanjikan?

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 7:08 PM