Shaarani Ismail
shaarani@nstp.com.my


LELAKI didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Jalan Kantan, dekat Buntung di Ipoh, tiga tahun lalu.

Muhammad Firdaus Naim Thikayarajan, 24, yang juga penganggur didakwa membunuh M Serentharan, 26, di belakang padang futsal berdekatan Jalan Kantan Buntong di sini antara 9 hingga 10 malam pada 5 September 2016.

Dia dituduh mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, manakala tertuduh mengangguk faham atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam Charan Singh.

Mahkamah turut menetapkan menetapkan 29 Mac ini tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes.

PENGANGGUR, Muhammad Firdaus Naim Thikayarajan, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh M Serentharan 26, di Jalan Kantan, Buntong tiga tahun lalu. FOTO Abdullah Yusof

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 12:27 PM