POLIS sedang mengesan seorang wanita, N Kithana, 22, bagi menjadi saksi kes dadah yang akan dibicara di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 20 Februari ini. FOTO Ihsan PDRM
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


POLIS Pulau Pinang sedang mengesan seorang wanita, N Kithana, 22, bagi menjadi saksi kes berkaitan dadah yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Februari ini.

Polis dalam kenyataannya, di sini hari ini memaklumkan Kithana dikesan berada di alamat terakhir iaitu di 8-10-5, Tingkat Paya Terubong, Air Hitam.

Wanita itu diminta tampil bagi menjadi saksi berhubung satu kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sekiranya gagal hadir pada hari perbicaraan itu tanpa sebarang alasan dan sebab, mahkamah akan mengeluarkan waran kepada saksi terbabit.

Orang ramai yang mengetahui dimana saksi itu berada boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Inspektor Sabrina Mohd Amin di talian 011-11837964.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Februari 2019 @ 7:24 PM