ROSLIZAWATI dicari polis bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Majistret Dungun, esok. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


POLIS Terengganu meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan seorang wanita dikehendaki hadir dalam satu perbicaraan kes dadah di Mahkamah Majistret Dungun esok.

Roslizawati Zakaria, 40, yang beralamat di No 220, Felda Rasau Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun dikehendaki bagi memberi keterangan di mahkamah berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya berharap wanita terbabit segera tampil bagi menjadi saksi untuk perbicaraan kes berkenaan.

“Ahli keluarga atau mana-mana individu mengenali wanita terbabit diharapkan boleh membantu menyalurkan maklumat kepada polis.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun atau balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Muhamad Hafifidi talian 013 4459765 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di Dungun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Februari 2019 @ 10:06 PM