Kaki remaja perempuan yang tersepit semalam. FOTO Ihsan Bomba
Erika George
cnews@nstp.com.my


REMAJA perempuan berusia 13 tahun terpaksa menanggung kesakitan kira-kira sejam selepas kaki kirinya tersepit pada celah besi penutup longkang di sekolahnya di Bintulu semalam.

Kejadian berlaku jam 5.37 petang sejurus mangsa yang juga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintulu selesai menyertai aktiviti ko-kurikulum.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, mangsa bersama beberapa rakan menjalani aktiviti riadah di gelanggang sukan sekolah sebelum kakinya terperosok dicelah besi penutup longkang.

“Anggota mendapati kaki kiri mangsa terperosok dan tersangkut di celah besi longkang hingga ke paras lutut.

“Bomba menggunakan peralatan khas iaitu ‘hydraulic sprader’ bagi merenggangkan besi untuk mengeluarkan kaki mangsa,” katanya hari ini.

Sejurus operasi selesai jam 6.30 petang, mangsa dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 1:48 PM