Keadaan lokasi kemalangan. FOTO Ihsan Pembaca
Laluan di Kilometer 329.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di terhalang sepenuhnya manakala laluan ke utara dibuka selorong selepas berlaku kemalangan membabitkan bas, treler dan lori.
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@nstp.com.my


LALUAN di Kilometer 329.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Tapah terhalang sepenuhnya manakala laluan ke utara dibuka selorong berikutan kemalangan membabitkan bas, treler dan lori.

Difahamkan setakat ini, laluan arah selatan dari Tapah ke Bidor ditutup berikutan treler berkenaan merintangi laluan itu manakala laluan ke utara dibuka selorong selepas laluan kiri dan kanan juga terpaksa ditutup.

Menurut laman twitter PLUS, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu bas, treler dan lori dan kemalangan itu menyebabkan trafik arah utara sesak sehingga dua kilometer.

“Lorong kiri dan kanan untuk laluan ke utara terhalang, manakala laluan ke selatan dari Tapah ke Bidor terhalang sepenuhnya.

“Trafik sesak dua kilometer arah utara,” katanya.


Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan di Kilometer 329.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

Sementara itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah berkata, setakat ini difahamkan kemalangan itu tidak mengakibatkan kemalangan nyawa dan hanya terdapat mangsa yang cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 January 2019 @ 8:33 PM