PASUKAN penyelamat membawa keluar SUV Mazda CX-5 putih yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang pada 17 Januari lalu. FOTO ARKIB NSTP
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@nstp.com.my


DARAH pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang, 17 Januari lalu, turut diambil untuk ujian dadah serta alkohol.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, darah mangsa perlu diambil kerana ia adalah prosedur operasi standard bagi polis menjalankan siasatan.

“Kami akan buat secara menyeluruh (siasatan) dan tengok kesesuaian serta keperluan untuk maklumkan keputusan itu selepas ini.

“Ini kerana kami perlu menjaga sensitiviti keluarga yang kini masih trauma selepas mangsa meninggal dunia dalam kejadian itu,” katanya yang ditemui selepas Majlis Minum Petang Bersama Agensi Yang Terbabit Dalam Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, Georgetown, hari ini.


NARENASAGARAN (empat dari kiri) beramah mesra dengan penerima sijil semasa Majlis Minum Petang Bersama Agensi Yang Terbabit Dalam Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, Georgetown, hari ini. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal.

Narenasagaran berkata, setakat ini polis sudah melengkapkan kertas siasatan kemalangan itu, namun laporan kimia kandungan dadah dan alkohol pemandu Toyota Vios terbabit masih belum diperoleh.

“Bagaimanapun, kami sudah merujuk kertas siasatan terbabit ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya, hari ini untuk semakan awal.

“Keputusan laporan kimia kandungan dadah dan alkohol pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang diperoleh nanti akan dimasukkan ke dalam kertas siasatan berkenaan selepas kami mendapatnya,” katanya.

Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad minggu lalu, SUV dipandu seorang penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Vios di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai.

Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Moey dari dasar laut mengambil masa lebih 24 jam sebelum berjaya dikeluarkan pada petang Selasa lalu.

Berita berkaitan

Keterangan 16 saksi kes SUV putih direkodkan

[UPDATE] 'Saya sedia dihukum' - Pemandu Vios

[UPDATE] Dibebaskan dengan jaminan polis [METROTV]

Pemandu Toyota Vios serah diri

Keluarga Moey mahu keadilan

'Tolong henti sebar gambar, video Moey'

Ini sebab lebih 24 jam untuk naikkan SUV

[UPDATE] Mayat dalam SUV masih sempurna

[UPDATE] SUV putih dinaikkan [METROTV]

Alamak, tali terlucut pulak...

Insiden kelima sejak 2010

'Ikhlas atau gimik minta maaf...' [METROTV]

Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 January 2019 @ 6:55 PM