Fitri Nizam
cnews@bh.com.my


“FAKTOR kemenangan di PRK (Pilihan Raya Kecil) Cameron Highlands adalah kerjasama umat Islam tanpa mengira parti politik dan menolak calon yang tidak sinonim dengan penduduk di kawasan itu,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,

Katanya, ramuan kemenangan itu akan dibawa ke PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Katanya, selain daripada hasil kerjasama PAS dan BN, faktor kemenangan di PRK berkenaan adalah disebabkan ketokohan calon dan sebahagian daripada penduduk tempatan.

“Justeru, ciri-ciri calon yang akan diketengahkan di Semenyih akan mengambil kira ketokohan dan daripada penduduk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ), di Marang, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi berkata, kemenangan BN dengan hasil kerjasama PAS di Cameron Highlands itu juga meningkatkan moral mereka.

“Hasil kemenangan itu meningkatkan moral kita selain rakyat juga melihat bahawa janji (manifesto) Pakatan Harapan (PH) adalah janji yang tidak ditunaikan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Semenyih
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 January 2019 @ 10:15 PM
    Abdul Hadi membaca doa selepas mengimamkan solat Hajat pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Rendah Islam Darul Quran (Sri DQ). FOTO Iman Makhzan