Anggota bomba mengangkat kanak-kanak yang ditemui lemas. FOTO Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@nstp.com.my


DUA mangsa lemas di sungai Kampung Cenderatama 2, Likas, Kota Kinabalu ditemui hari ini.

Mangsa pertama, Datu Aliudin Datu Aidar, 10, ditemui jam 2.51 petang manakala mangsa kedua, Mohd Asraf Abdullah, 11, ditemui 4.40 petang tadi.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui berhampiran lokasi mereka dilaporkan lemas.

Kedua-dua mangsa itu dilaporkan lemas ketika mandi di sungai kampung berkenaan, jam 10.30 pagi tadi.


Laporan dalam online Harian Metro hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari.

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman turut berada di lokasi meninjau operasi mencari dan menyelamat.

Berita berkaitan

Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 January 2019 @ 5:44 PM