Datuk Mohammad Hamdan Wahid. FOTO Arkib NSTP.
BERNAMA

JANGAN panik dan bertindaklah dengan pantas untuk menyelamatkan diri sekiranya kenderaan terjatuh ke dalam air seperti laut dan sebagainya, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata, tindakan pertama yang perlu dilakukan adalah membuka tali pinggang keledar bagi membolehkan kelancaran pergerakan diri dalam ruang yang terhad dan menarik nafas supaya mendapat bekalan oksigen yang mencukupi sebelum bergerak keluar dari kenderaan dengan segera.

“Sekiranya kenderaan mula tenggelam, jangan cuba buka pintu pemandu seperti biasa kerana tekanan luar daripada air amat tinggi, akan menyukarkan pintu pemandu direnggang atau dibuka.

“Ini akan memakan masa dan peluang untuk melepaskan diri semakin berkurang dan sukar,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, mangsa perlu menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan seterusnya keluar melalui ruang tingkap itu sekiranya cermin pintu atau tingkap sebelah pemandu masih mampu diturunkan.

Mohammad Hamdan berkata, sekiranya cermin tingkap sukar diturunkan secara pusingan tombol atau disebabkan pintu rosak dan kemek, mangsa boleh menggunakan kekuatan kaki atau bahan keras tajam yang boleh diperoleh daripada penyandar kepala kerusi pemandu untuk memecahkan cermin kereta.

“Jangan cuba pecahkan cermin hadapan atau ‘windscreen’ pemandu kerana cermin ini sukar untuk dipecahkan disebabkan ia keras atas aspek keselamatan kereta, tetapi perlu memecahkan cermin di bahagian kekisi atau sudut pintu sebelah pemandu memandangkan titik ini mudah untuk dipecahkan.

“Tolak segala bahagian pecah itu dengan kaki, kemudian berenang keluar dan seterusnya menyusuri kuak ke atas ke permukaan air untuk meminta bantuan” katanya.

Mereka juga boleh menanggalkan pakaian dan kasut sekiranya terasa berat bagi memudahkan pergerakan dalam air.

Ahad lalu, seorang penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-5 yang dipandunya dilanggar Toyota Vios sebelum terhumban ke laut di KM 4, Jambatan Pulau Pinang pada 2.54 pagi.

Usaha mengeluarkan kenderaan dan mayat Moey dihalang oleh arus deras dan laut dalam dengan mangsa dan kenderaan hanya berjaya dikeluarkan pada petang Selasa.

Mayat mangsa ditemui masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang.

Berita berkaitan

[UPDATE] Dibebaskan dengan jaminan polis

Pemandu Toyota Vios serah diri

Keluarga Moey mahu keadilan

'Tolong henti sebar gambar, video Moey'

Ini sebab lebih 24 jam untuk naikkan SUV

[UPDATE] Mayat dalam SUV masih sempurna

[UPDATE] SUV putih dinaikkan [METROTV]

Alamak, tali terlucut pulak...

Insiden kelima sejak 2010

'Ikhlas atau gimik minta maaf...' [METROTV]

Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 9:41 PM