BERNAMA

GANGGUAN bekalan air yang dialami penduduk sekitar daerah Kota Bharu berikutan kerja kecemasan yang dijalankan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini, dijangka berlarutan sehingga jam 10.00 malam ini.

AKSB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berusaha membaiki paip utama yang pecah di Jalan Raja Dewa, Telipot sejak jam 4.00 petang hari ini dan dijangka selesai malam ini.

“Pelanggan mengalami gangguan tidak berjadual bekalan air sementara kerja itu dijalankan.

“Gangguan bekalan air ini membabitkan 1,500 akaun,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, antara kawasan yang terbabit ialah Jalan Raja Raja Dewa, Taman Indera, Telipot, Merican, Belakang Sekolah Zainab, Masjid Kampung Lundang, Balai Islam Lundang, Che Majid, Jalan Kuala Krai dan Kampung Bunut Payong.

Untuk maklumat lanjut pengguna boleh memuat turun aplikasi MyAKSB yang baharu dan mudah melalui Google Playstore & IOS untuk maklumat mengenai Air Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 7:06 PM