Shahrudin (tiga kiri) menunjukkan gambar lima penjenayah yang dikehendaki di daerah itu. FOTO BERNAMA
BERNAMA

POLIS Keningau mendedahkan identiti lima penjenayah paling dikehendaki kerana dipercayai terbabit dengan pelbagai kes jenayah termasuk bunuh, rogol, rompak dan pecah rumah antara 2000 dan 2018.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, mereka terdiri daripada Mochain Sahidol, 42, dari Batu 11 ½ Jalan Labuk Sandakan; Marlin Koron, 32, dari Kampung Biah Keningau dan Yahya Kahar, 50, dari Kampung Simpang Empat Papar.

“Dua lagi ialah Mohd Azni Sarni, 42, beralamat di No 1, Lorong 5, Taman Kemajuan, Kampung Likas, Kota Kinabalu dan Jamri Rahili, 33, dengan alamat terakhirnya di Rancangan Belia Tiulon, Sook, Keningau,” katanya hari ini.

Beliau meminta bantuan orang ramai menghubungi balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat serta mengesan lokasi terkini mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 6:50 PM