Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


SELUDUP dadah dalam bungkusan teh untuk diseludup masuk ke dalam negara dengan menggunakan perkhidmatan kontena.

Itu modus operandi dilakukan sindiket penyeludupan dadah jenis syabu yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman hasil tiga serbuan di Perak, kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata, hasil penahanan suspek itu polis menahan tiga lelaki tempatan berusia 39 hingga 49 tahun dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM28.47 juta.

"Pada 12 Januari, JSJN Bukit Aman melancarkan tiga serbuan di sekitar Perak bermula 4 petang hingga 7 petang.

"Tangkapan pertama dilakukan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Taiping. Kita menahanan seorang lelaki berusia 40 tahun bersama treler membawa muatan dadah berjumlah 569.5 Kilogram.

"Susulan itu, polis menahan rakan suspek berusia 49 tahun di Ipoh. Manakala seorang lagi di Bidor.

"Hasil penahanan suspek polis turut menyita dua kenderaan pacuan empat roda dan wang tunai RM1,768, di mana jumlah keseluruhan sitaan ini dianggarkan RM122,0000," katanya pada sidang media khas Kejayaan JSJN Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.


MOHAMAD Fuzi (empat kiri), diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh (dua kiri) selepas sidang media rampasan dadah. FOTO Sairien Nafis

Turut hadir Pegarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Fuzi berkata, siasatan mendapati di bawa untuk pasaran tempatan dan turut di seludup ke negara luar.

"Sewaktu ditahan lori kontena berkenaan di dalam perjalanan ke Pelabuhan Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui dadah berkenaan di seludup dari negara mana," katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan JSJN Bukit Aman melakukan rampasan dadah terbesar pertama tahun ini membabitkan syabu seberat 500 Kg yang dianggarkan bernilai lebih RM15 juta yang cuba dipindah menggunakan lori kontena hasil serbuan di Perak.

Berita berkaitan:

  • Pintas kontena bawa syabu RM15j
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 January 2019 @ 4:00 PM