BUMBUNG mengalami kerosakan selepas ribut melanda di Rumah Rakyat Sikamat, Seremban. FOTO ihsan APM
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@nstp.com.my


SEBELAS rumah membabitkan tiga taman di Sikamat, Seremban, rosak akibat dibadai ribut, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim berkata, kawasan terjejas ialah Rumah Rakyat Sikamat, Taman Desa Permai dan Taman Desa Rhu.

“Dalam kejadian bermula 2.30 petang itu, sembilan rumah didiami 34 mangsa di Rumah Rakyat Sikamat, rosak di bahagian bumbung.

“Dua lagi taman, masing-masing dua rumah rosak membabitkan sembilan mangsa," katanya dalam kenyataan, di Seremban, hari ini.

Berikutan kejadian, katanya, anggota APM ke lokasi membantu mangsa manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengagihkan khemah kepada mangsa terjejas.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara dibuka kerana semua mangsa tidak mahu berpindah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 January 2019 @ 9:10 AM