ANTARA kereta di Depoh Simpanan Kereta DBKL yang terjejas.
Hasbi Sidek
cnews@nstp.com.my


POLIS menunggu laporan daripada Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung kejadian kebakaran di Depoh Simpanan Kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Chan Sow Lin, hari ini, sebelum meneruskan siasatan atau sebaliknya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata demikian ketika ditanya berhubung punca kebakaran sama ada berunsurkan khianat atau perbuatan jenayah.

“Mengenai kebakaran di depoh berkenaan, ketika ini pihak polis memberi laluan kepada pihak bomba untuk menjalankan siasatan mereka terlebih dahulu.

“Selepas laporan daripada unit forensik bomba sudah dikeluarkan dan jika ada unsur khianat, kami akan meneruskan siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Kira-kira 100 hingga 150 kereta rosak atau musnah dalam kebakaran di depoh berkenaan.

Difahamkan api dapat dipadamkan hampir tiga jam kemudian dan siasatan mendapati, kebakaran membabitkan keluasan lebih kurang 2,800 meter persegi.

Berita berkaitan:

  • Lebih 100 kereta hangus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 5:33 PM