M THIYAHU. FOTO Arkib NSTP
Norzamira Che Noh
cnews@nstp.com.my


POLIS Shah Alam berjaya mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek utama kes kematian seorang bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditetak di bawah Flat PKNS, Seksyen 7 di Shah Alam, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek berusia 25 tahun berkenaan sebelum itu hadir ke balai polis untuk menyerah diri bersama peguamnya, Gerard Lazarus, pada jam 10.30 malam semalam.

“Polis sudah mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek bermula hari ini sehingga 15 Januari.

“Kami juga meminta supaya suspek lain yang terbabit dalam kes ini supaya ikut menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, siasatan kini giat diteruskan untuk mengesan dan menangkap suspek lain serta mencari bahan bukti kes.

Katanya, semalam, empat individu termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 25 tahun ditahan dan dibenarkan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan K Vignes Kumar di talian 03-5520222,” katanya.

Pada Isnin lalu, mangsa, M Thiyahu, 30, maut selepas dipercayai ditetak dengan parang di tingkat bawah flet berkenaan.

Dalam kejadian pada jam 5 petang itu, mangsa mengalami cedera parah di beberapa bahagian badannya termasuk kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS) ketika mendapatkan rawatan.

Berita berkaitan

M Thiyahu, hero sebenar...

Tak sempat sambut hari lahir anak

Suspek bunuh bekas calon AMK ditahan [METROTV]

Bekas calon AMK Shah Alam maut ditetak

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 5:24 PM