GAMBAR hiasan.
Suzalina Halid
suzalina@nstp.com.my


PEGAWAI Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kulim ditahan reman hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap penyelewengan wang bantuan dianggarkan bernilai RM15,000.

Lelaki berusia 38 tahun itu direman selama enam hari hingga 14 Januari selepas perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Balkhis Abdul Halim.

Berdasarkan maklumat sumber, pegawai terbabit ditahan di pejabatnya, jam 3 petang semalam.

Katanya, pegawai terbabit disyaki membuat penyelewengan terhadap dua bantuan membaiki rumah berjumlah RM12,000 dan satu bantuan pembekalan mesin jahit berjumlah RM3,000 antara 2015 hingga 2017 yang sepatutnya diberikan kepada penerima.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, ” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi di Alor Setar, mengesahkan penahanan itu, namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 3:15 PM