GAMBAR hiasan
Norrasyidah Arshad
norrasyidah@nstp.com.my


LELAKI yang dikesan bagi membantu siasatan kes bunuh bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Seksyen 7, Shah Alam, kelmarin, sudah menyerah diri kepada polis, semalam.

Sumber berkata, lelaki berusia 25 tahun itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama peguamnya.

Difahamkan, lelaki itu yang beralamat di Taman Karupiah, Padang Jawa di Shah Alam, tidak bekerja.

Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib mengesahkan perkara berkenaan.

“Perintah tahanan reman dipohon hari ini,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Kelmarin, bekas calon AMK Cabang Shah Alam, M Thiyahu, 30, maut selepas dipercayai ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat bawah Pangsapuri Nilam Sari, Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, motif kejadian itu membabitkan isu pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Susulan itu, polis Selangor menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 25 tahun di sekitar daerah ini dan Klang.

Berita berkaitan

M Thiyahu, hero sebenar...

Tak sempat sambut hari lahir anak

Suspek bunuh bekas calon AMK ditahan [METROTV]

Bekas calon AMK Shah Alam maut ditetak

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 12:54 PM