ANGGOTA bomba mengangkat mangsa yang mengalami kekejangan kaki ketika menuruni Gunung Datuk, semalam. FOTO Ihsan BBP Rembau
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@nstp.com.my

Rembau: Bomba membantu membawa turun pendaki yang mengalami kekejangan kaki ketika mendaki Gunung Datuk, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi, lelaki berusia 20 tahun terbabit dipercayai mengalami kekejangan kaki ketika menuruni gunung menyebabkan rakannya menghubungi bomba untuk bantuan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Maszoraanim Abdul Hamid berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota ke lokasi sebelum operasi dimulakan jam 9.25 pagi.

“Seramai lima anggota melakukan pendakian dan menemui mangsa pada ketinggian 300 meter dari aras laut. Anggota memberikan rawatan awal sebelum membantu membawa turun mangsa.

“Mangsa dibawa turun ke kaki gunung jam 12.30 tengah hari,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan mendaki gunung bersama rakannya jam 6 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 11:09 AM