Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@bh.com.my


PERGERAKAN Pemuda UMNO membuat laporan polis hari ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina terhadap Sultan Muhammad V di Facebook.

Komen yang disifatkan sebagai menghina itu kemudiannya tular di media sosial dan mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Setiausaha Kerja Pemuda UMNO,Ahmad Zaim Ahmad Tawfek berkata, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera bertindak kepada pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Eric Liew.

“Komen yang dimuatnaik itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, pemilik akaun itu sudah meminta maaf menerusi Facebooknya, hari ini dan berkata dia sudah membawa turun kenyataan menghina itu.

Sementara itu , Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berkata, pihaknya menghantar memorandum kepada syarikat di mana individu terbabit dipercayai bekerja pada 4 petang tadi.

“Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil syarikat berkenaan selepas 30 minit kami berkumpul di pejabat syarikat berkenaan,” katanya.

Lagi berita berkaitan Agong letak jawatan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 7:41 PM
AHMAD ZAIM (dua dari kanan) menunjukkkan laporan polis yang dibuat terhadap individu yang menggunakan nama Eric Liew. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor