Faris Fuad
faris.fuad@nstp.com.my

PENYELIA keselamatan Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Kuala Lumpur, Zinol Husin menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur jam 12.47 tengah malam tadi.

Zinol, 53, meninggal dunia akibat kanser usus.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan berusia 21 dan 27 tahun manakala isterinya sudah meninggal dunia.

Allahyarham Zinol meninggal dunia di PPUM.

Difahamkan, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Al-Shariff Simpang 3 Gombak untuk solat jenazah sebelum dikebumikan selepas solat Zuhur.

Arwah berkhidmat di NSTP lebih 20 tahun dan mula mengambil cuti sakit pada akhir 2017 selepas diserang strok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 January 2019 @ 1:35 PM