KEADAAN mangsa yang berjaya diselamatkan. FOTO Ihsan Bomba
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@nstp.com.my


PELAJAR perempuan tingkatan tiga terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila kaki kirinya tersepit jeriji besi longkang di sekolahnya di Seremban, pagi ini.

Dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun tiba di sekolah untuk memulakan pembelajaran pada hari ketiga sesi persekolahan baharu.

Mangsa dikatakan berjalan di atas penutup longkang terbabit sebelum sebelum kaki kirinya tiba-tiba termasuk di celah jeriji berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohammad Asree Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas daripada sekolah bagi membantu pelajar itu jam 7.10 pagi.

“Seorang pegawai dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 diarahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota menggunakan peralatan khas ‘spreader’ untuk merenggangkan jeriji besi dan mengeluarkan kaki mangsa. Operasi hanya mengambil masa kira-kira lima minit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 January 2019 @ 3:47 PM