MASIH terdapat pelanggan merokok di dalam kawasan restoran selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini bermula 1 Januari 2019. -Foto MUHAIZAN YAHYA
Balqis Jazimah Zahari
cnews@nstp.com.my


LARANGAN merokok di kedai makan dan restoran terbuka bermula 12 tengah malam tadi sebaik memasuki tahun baru 2019, bagaimanapun masih ramai yang mengabaikan larangan terbabit.

Tinjauan NSTP di kedai makan terutama yang beroperasi 24 jamdi sekitar Ipoh antaranya di Fairpark, mendapati masih ramai yang menghisap rokok tanpa rasa bersalah di meja makan.

Lebih mengecewakan ada antaranya yang merokok betul-betul di hadapan notis larangan merokok yang dipamerkan pemilik premis

Mereka dilihat sengaja memilih posisi meja disudut paling tepi kedai untuk memudahkan mereka menghisap rokok.

Walaupun disudut tepi tetapi ia masih memberi kesan kepada pelanggan yang duduk dimeja berhampiran.

Larangan merokok dikedai makan dan restoran terbuka dikuatkuasakan oleh kerajaan bermula hari ini

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang mana mereka melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 7:46 AM