PENIAGA, Zatul Athirah Zulkipli ketika menunjukkan baju yang dicetak berwajah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tinjauan di gerai jualan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kali yang kedua 2018. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
PENIAGA, Zatul Athirah Zulkipli menyusun baju yang dicetak berwajah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tinjauan di gerai jualan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Noor Atiqah Sulaiman

KEMEJA-T memaparkan wajah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang mencuri tumpuan di gerai jualan sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini.

Seorang peniaga, Mohd Fairuz Azzrin Mohd Zain, 37, berkata, walaupun persidangan belum berlangsung secara rasmi tetapi baju berkenaan kini hanya tinggal 50 helai.

Katanya, baju berkenaan dijual pada harga RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk saiz kanak-kanak.

“Saya menjual baju corak figura Tun M sejak 2016 lagi. Ada antara baju ini saya bawa semasa jelajah ceramah ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

“Dari segi rekaan pula, saya curahkan idea kepada rakan dan dia yang merealisasikannya di atas kameja-T ini,” katanya kepada NSTP, di Putrajaya, hari ini.

PENIAGA, Zatul Athirah Zulkipli ketika menunjukkan baju yang dicetak berwajah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tinjauan di gerai jualan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kali yang kedua 2018. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Perhimpunan itu dijangka dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan membabitkan 135 bahagian di seluruh negara termasuk wakil ARMADA daripada 115 bahagian dan wakil SRIKANDI daripada 98 bahagian.

Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU akan diadakan esok hingga Ahad.

Dr Mahathir selaku Pengerusi BERSATU dijangka merasmikan persidangan berkenaan.

Tahun lalu, perhimpunan berkenaan diadakan pada 30 Disember 2017 di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam. Ini adalah Perhimpunan Agung pertama BERSATU sebagai parti komponen kerajaan selepas Pakatan Harapan memenangi PRU-14 pada 9 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Disember 2018 @ 8:59 PM