KEADAAN kereta terbabit. FOTO Ihsan Bomba
Ifwan Tun Tuah
ifwan@nstp.com.my


MAYAT rentung ditemui selepas bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta

di Taman Jasper Jaya di Seremban, malam ini.

Bagaimanapun, identiti dan jantina mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima menerima panggilan kecemasan, jam 9.49 malam.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba segera memadamkan kebakaran sebelum mendapati seorang mangsa rentung di dalam kenderaan berkenaan," katanya.

Difahamkan, kereta itu Nissan Sentra.

Sementara itu, orang awam yang dipercayai penduduk taman itu yang menghubungi bomba turut tidak menyedari terdapat mangsa di dalam kereta berkenaan.

NSTP turut difahamkan penduduk sekitar tidak mengecam kereta itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Disember 2018 @ 11:21 PM