MAYAT terapung ditemui di kawasan laut Kampung Pondo, Pulau Gaya. FOTO ihsan Pasukan Polis Marin
Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@nstp.com.my


PENDUDUK Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, gempar berikutan penemuan mayat lelaki terapung di laut di kawasan berkenaan, hari ini.

Kejadian disedari oleh penduduk di kampung berkenaan kira-kira 8 pagi sebelum polis dihubungi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Pajeri Ali berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota PPM Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

"Bot ronda digerakkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat terapung di kawasan laut Kampung Pondo.

"Identiti mayat yang belum diketahui di bawa oleh bot ronda ke pangkalan lama PPM Kota Kinabalu dibantu anggota Balai Polis Pulau Gaya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat kemudian di bawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Disember 2018 @ 4:42 PM