KEADAAN kereta Perodua Axia yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, Yan, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Zuliaty Zulkiffli
cnews@nstp.com.my


WANITA maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Sungai Dedap, Yan, hari ini.

Mangsa Shahrom Hosaini, 38, dari Kampung Sungai Baru, Bedong, Sungai Petani meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan Pegawai Bomba Kanan II Bahri Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.59 petang dan sepasukan tujuh anggota dan sebuah jentera dihantar ke lokasi.

“Enam mangsa yang berada dalam dua kenderaan itu mengalami cedera ringan dikeluarkan orang awam sebelum anggota kami tiba.

“Bagaimanapun, terdapat seorang wanita meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi tidak lama kemudian,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pihak bomba dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Disember 2018 @ 10:40 PM