AHLI keluarga tidak menahan kesedihan selepas melihat jasad mendiang Hsien Loong di Butterworth, hari ini. Foto MIKAIL ONG
Siti Sofia Md Nasir
siti.sofia@nstp.com.my


SUASANA hiba dan sayu memyelubungi kediaman keluarga mendiang Chin Hsien Loong yang terkorban dalam tragedi letupan gas di pusat beli-belah Cityone Megamall, Kuching, Sarawak, kelmarin.

Jasad mendiang Hsien Loong selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 4.30 petang hari ini sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Butterworth.

Bagaimanapun, keluarga mangsa enggan ditemubual berikutan masih berduka terhadap tragedi yang menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu.

Ahli keluarga mendiang yang enggan dikenali, berkata jasad Hsien Loong akan disemadikan di Krematorium Berapit di Bukit Mertajam pada Sabtu ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Selasa lalu, Hsien Loong, 29, serta dua lagi mangsa Tchee Kiam Jong 24, dan O Kui Lim, 49, maut dalam letupan gas terbabit.

Kesemua mangsa dipercayai terkorban akibat dihempap runtuhan susulan letupan gas di pusat beli-belah yang menjadi tumpuan warga bandar raya terbabit terutama pada hujung migggu itu.

Difahamkan, mendiang yang juga rakan kongsi perniagaan premis terbabit berada di Sarawak bagi meninjau kerja pengubahsuaian di restoran makanan segera Korea itu yang sepatutnya dibuka secara rasmi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 9:55 PM