Gambar hiasan
Azura Abas dan Siti A’isyah Sukaimi
cnews@nstp.com.my

PESAWAT AirAsia AK538 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, semalam berdepan isu teknikal ketika keluar dari kawasan letak pesawat.

Perkara berkenaan disahkan oleh syarikat penerbangan tambah murah itu menerusi kenyataannya, semalam.

“Tiada kebakaran berlaku dan penumpang serta kru kabin tidak berdepan sebarang bahaya sekaligus bertentangan dengan dakwaan.

“Semua penumpang dibawa ke pesawat baharu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 3.16 petang,” katanya, semalam.

Kenyataan itu susulan maklumat dikongsi di media sosial mengenai satu pesawat AirAsia dikatakan terbakar sebelum berlepas dari klia2.

Maklumat disebarkan itu mendakwa, kedengaran bunyi kuat manakala dikatakan enjin di bahagian kiri pesawat berasap dan penumpang terhidu bau asap di dalam kabin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 10:45 PM