Abdul Hadi semasa menyampaikan Syarahan Perdana "Geopolitik Antarabangsa dan Masa Depan Islam” di UIAM. FOTO Mahzir Mat Isa
Siti Nur Mas Erah Amran
cnews@nstp.com.my


KEMENTERIAN Pendidikan mempelawa ahli politik pembangkang menyertai program wacana ilmiah anjuran universiti awam (UA).

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, jemputan berkenaan adalah selaras dengan pembangunan Malaysia baharu sekali gus menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka.

“Dua hari lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat pertama kalinya hadir untuk berpidato di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Semalam, Prof Madya Dr Azmi Sharom menghadiri program ilmiah yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Ini adalah dasar universiti awam tanpa sekatan dan diharapkan, PAS dan UMNO akan turut hadir.

“Kita buka ruang untuk perkembangan ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dua hari lalu, Abdul Hadi menyampaikan syarahan perdana bertajuk ‘Geopolitik Islam di Masa Depan’ di UIAM.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais turut hadir di UKM pada 20 November lalu untuk menyampaikan syarahan berhubung isu politik kontemporari di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 November 2018 @ 6:56 PM