KENDERAAN yang membawa Tengku Adnan menuju ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, hari ini. Foto AHMAD IRHAM MOHD NOOR
Mohd Husni Mohd Noor
cnews@nstp.com.my


KENDERAAN yang membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jam 1.25 tengah hari ini.

Beliau dibawa menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam dengan diiringi empat kenderaan pengiring dan dua motosikal untuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon akan didakwa jam 2 petang hari ini berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.

SPRM dalam kenyataan semalam berkata, Tengku Adnan ditahan sejurus hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.25 petang semalam.

Sumber berkata, Tengku Adnan disiasat berhubung 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah itu.

Sebelum ini, Tengku Adnan mengakui beliau sudah dipanggil oleh SPRM lebih 12 kali berhubung siasatan kes penjualan tanah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 November 2018 @ 1:56 PM