TAN Sri Musa Aman. FOTO Arkib NSTP
Fardy Bungga dan Avila Geraldine
cnews@nstp.com.my


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman disahkan tidak akan hadir sepanjang persidangan ke-15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, minggu ini.

Speaker DUN Datuk Seri Syed Abas Syed Ali ketika berucap pada pembukaan sidang berkenaan, hari ini berkata bekas ketua menteri itu tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.

“Saya meluluskan cuti ADUN Sungai Sibuga sepanjang persidangan ini atas faktor masalah kesihatan,” katanya.

Musa kembali ke negeri ini dari Kuala Lumpur pada 7 November lalu bagi mendengar keputusan perbicaraan saman pemula untuk menentukan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Beliau mencabar perlantikan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal sebagai tidak sah, namun ditolak Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Musa turut tidak hadir pembentangan Bajet Negeri 2019, Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 November 2018 @ 11:11 AM