Amirul Aiman Hamsuddin

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali dipilih terus menyandang jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan (PKR) Cabang Kuala Selangor yang diadakan semula, hari ini

Sehingga 6.14 petang tadi, Mohamed Azmin memperoleh 982 undi manakala pencabarnya, Mohd Rafizi Ramli menerima sebanyak 389 undi daripada ahli yang mengundi hari ini di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Bagi Naib Presiden, Dr A Xavier Jayakumar dengan memperoleh undi sebanyak 1,132 undi diikuti Nurul Izzah Anwar (673), Zuraida Kamaruddin (661) dan Tian Chua (484) manakala Shamsul Iskandar Mohd Akin memperoleh sebanyak 437 undi.

Pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang sepatutnya dijalankan pada 28 Oktober lalu di Stadium Tertutup Kuala Selangor terpaksa dihentikan kira-kira jam 11 pagi berikutan kegagalan sistem e-undi.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, petugas Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKL) yang sedang melakukan kerja pembersihan, selepas pemilihan cabang itu ditangguhkan menemui alat bagi menghalang capaian isyarat Internet atau ‘jammer' di ruang atas tempat duduk Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 November 2018 @ 6:47 PM
AZMIN Ali. FOTO arkib NSTP