Ifwan Tun Tuah
ifwan@nstp.com.my


MENTERI Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, yang dimasukkan semula ke Hospital Serdang bagi pemantauan Selasa lalu, dibenarkan keluar, semalam.

Sumber berkata, Aminuddin yang menjalani pembedahan jantung hujung bulan lalu, dibenarkan keluar petang semalam, selepas pakar yang memantau tahap kesihatannya berpuas hati dengan perkembangan beliau.

"Beliau dihantar ke Hospital Serdang malam Selasa lalu selepas mengalami batuk berkahak kerana pakar yang mengendalikan pembedahan jantungnya hujung bulan lalu mahu membuat pemantauan.

"Alhamdulillah batuk berkahak itu tidak mempunyai kaitan dengan pembedahan jantung sebelum ini dan pakar membenarkan dia pulang.

"Bagaimanapun, beliau dinasihatkan berehat secukupnya dan menghadkan menerima tetamu yang mahu menziarahinya," katanya di Seremban, hari ini.

NSTP semalam melaporkan Aminuddin yang juga Pengerusi PKR negeri, dimasukkan semula ke Hospital Serdang untuk pemantauan, namun bukan disebabkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Media sebelum ini melaporkan, Aminuddin dijangka bercuti selama dua minggu selepas menjalani pembedahan pada 26 Oktober lalu.

Berita berkaitan:

  • Doakan Aminuddin kembali sihat...
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 November 2018 @ 10:58 AM