ZULKIFLI sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Disewa. FOTO Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
Nor Afzan Mohamad Yusof

STATUS Mufti Wilayah Persekutan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebook beliau, hari ini berhubung surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Disewa, Osman Ali menarik perhatian netizen.

Beliau dalam status berkenaan menyatakan surat berkenaan ditulis berikutan soalan berhubung isu fiqh dalam drama yang ditonton semalam.

"Semalam setelah selesai solat Isyak, saya sengaja mengambil peluang menonton drama Isteri Untuk Disewa.

"Ada mustafti yang bertanya beberapa isu fiqh dalam drama ini. Insya Allah, saya sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama ini," katanya memetik status dalam FB rasmi beliau.

Sehingga 8 malam tadi, status berkenaan mendapat lebih 4,000 suka, 180 komen dan 1,500 perkongsian.

Drama adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd menggandingkan lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah.

Mengikuit sipnopsis, iI mengisahkan Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak.

Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan.

Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan.

Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga.

Namun sewaan sehari menjadi dua minggu.

Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut menaruh hati pada Nur.

Keempat lelaki ini melamar Nur, untuk dijadikan isteri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 November 2018 @ 9:09 PM