KENDERAAN yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dibawa ke Makamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa atas tuduhan rasuah. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
HM Digital

BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 1.25 petang untuk didakwa atas beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Musa akan akan didakwa berhubung kes konsesi pembalakan di Sabah bernilai lebih USD60 juta (RM249.9 juta).

Terdahulu, beliau ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 10.15 pagi hari ini.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 November 2018 @ 1:41 PM