KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan itu. FOTO POLIS memburu lelaki dalam tahanan polis yang melarikan diri dari Lokap Balai Polis Taiping, Taiping, semalam.
Adnan Ibrahim
cnews@nstp.com.my


DUA beranak maut apabila Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung lori treler di Jalan Kampung Gajah-Kahang Barat, berhampiran FELDA Kahang Barat, Kluang, hari ini.

Pada kejadian 4.10 petang itu, mangsa Mohd Khiril Bablihisham Kamalruzaman, 27, bersama anak lelakinya, Muhammad Ayah Ghazi, 5.

Lebih mengerikan, lori terbabit mengheret kereta itu sejauh kira-kira 20 meter sehingga menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, dua beranak itu dipercayai dalam perjalanan dari Kluang ke Felda Kahang Barat.

Katanya, apabila tiba di lokasi, kereta itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori treler.

“Kejadian berlaku ketika hujan lebat menyebabkan pemandu lori treler tidak dapat mengelak atau memberhentikan kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Abduh berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan dua beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Oktober 2018 @ 9:12 PM