SAADON (tengah) pada sidang media berhubung operasi SAR dalam kejadian tanah runtuh di Projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Georgetown, hari ini. FOTO Mikail Ong.
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@nstp.com.my


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di tapak tanah runtuh projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Georgetown, ditamatkan sepenuhnya selepas masuk hari kelima, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, operasi dihentikan selepas pihaknya melakukan pencarian mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan mendapati memang tiada lagi mangsa di tempat kejadian.

Menurutnya, pencarian terakhir dilakukan dengan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dan mendapati tiada lagi mangsa pada 5.35 petang.

“Saya mengesahkan operasi dihentikan sepenuhnya selepas hasil pencarian kami lakukan mengikut SOP ditetapkan.

“Memang tiada lagi mangsa ditemui di tempat kejadian selepas Unit K9 melaksanakan kerja mengesan di kawasan runtuhan terbabit,” katanya.

Menurutnya, beliau berbangga dan bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan menimpa pasukan penyelamat ketika melakukan operasi berkenaan.

“Sepanjang operasi ini, pasukan penyelamat memang menghadapi kesukaran serius kerana mahu memastikan keselamatan terjamin.

“Ini kerana, kami menggali tanah sehingga kedalaman mencecah 10 meter yang dikhuatiri akan berlaku runtuhan susulan sekiranya tidak mengikut langkah keselamatan betul,” katanya.

Dalam insiden tengah hari Jumaat lalu, sembilan mangsa ditemui maut tertimbus manakala tiga lagi cedera.

Lokasi kejadian runtuhan tanah itu berada kira-kira 500 meter dari lokasi insiden runtuhan rasuk yang berlaku dua minggu sebelum itu.

Berita berkaitan

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Nampak suami 'ditelan' bumi

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Operasi SAR diteruskan

'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP

[UPDATE] Jumpa mayat kelapan

Dah 80 peratus kawasan runtuhan dialih

'Harap kepala adik ditemui'

[UPDATE] Mayat ke-9 ditemui [METROTV]

Kontena ke-13 tak lagi misteri...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 7:26 PM
Skip this ad x